Friday, December 10, 2010

Money Machine

Haha.. lawak tak tajuk aku ni? Rasa macam tak masuk akal pun ade. hehehe. Tapi betul la, aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku ade ni untuk orang lain. Tak salah kan? Banyak dah kita dengar kat internet orang kata buat blog boleh dapat duit. Tapi kita ni berblogging lama dah tapi sesen pun tak masuk lagi. Pelik kan?
Sebenarnya tak mustahil. Sebenarnya, sebagai seorang blogger, anda berpotensi tinggi untuk mendapat pendapatan sampingan. Kalau tak banyak pun, cukup la setakat nak bayar bill internet setiap bulan. Memang takkan ada orang kaya sekelip mata dengan blogging. Tapi blogging akan mengambil masa yang agak lama untuk menjadi pendapatan tetap. Aku nak kongsikan apa yang tak perlu dibuat jika betul-betul nak dapat duit dari blogging :
1. Jangan terlalu tamak, gopoh atau nak kaya cepat. Dalam dunia ni tak ada orang kaya dalam sekelip mata tanpa usaha dan tawakal. Berbloglah seperti biasa dan seikhlas hati. Cari kenalan rakan blogger yang anda boleh kongsi pendapat.
2. Say no to E-Book! Kenapa? Baiklah, aku akn cerita. Sebenarnya, aku pun dah banyak beli e-book (masa mula-mula blogging dulu) tapi tak pernah menjadi. Kenapa? Content dalam e-book tu korang boleh cari dengan hanya google! Korang terfikir tak macam mana orang yang tulis buku tu boleh berjaya? Mana dia dapat content? Dia pun dulu belajar dengan google jugak, Ada yang jual e-book tu hanya translatekan buku yang dijual dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu. Kerja mudah. Jual, dan dapat duit cepat. Pelik tak? Kenapa Kenny Sia atau Red Mummy tak tulis e-book pon?
3. Tak perlu laburkan duit untuk dapat duit. Kalau taknak menyesal, ikut cara ni. Korang blogging untuk suka-suka dan nak dapat duit sampingan, so do it! Jangan mudah terpedaya dengan website yang menjanjikan traffic yang tinggi, SEO optimize dan lain-lain. Cara termudah untuk dapatkan traffic adalah content yang mudah difahami dan menarik. Bila traffic tinggi, $$$ pun tinggi. Simple kan?
4. Jangan takut untuk daftar dengan Nuffnang, Google Adsense atau syarikat pengiklan yang lain. Mereka memberikan servis percuma dan wang untuk anda. Mengapa tidak anda letakkan saja iklan mereka di blog anda? Jangan harapkan nilai iklan yang tinggi untuk blog anda selagi tidak mencapai 2-3 tahun berblogging. Pastikan orang melekat di blog anda. Simple kan?
5. Jangan semakkan blog dengan widget yang ntah pape. Contohnya, widget yang selalu orang kita lekatkan di sebelah kiri dan agak mengganggu untuk orang membaca blog kita. Tengok di bawah ni, semalam aku lawat blog ni. Dia nak aku masuk blog dia dan baca penulisan dia, atau nak suruh aku tengok gadget dia je? Maaf kepada sesiapa yang terkena, bukan nak kutuk, tapi sekadar beri pendapat.
baca
Sebenarnya, tak susah untuk dapat sejumlah duit dari blogging. Tapi aku tak kata senang kan? Cuma apa yang penting adalah usaha dan matlamat anda dalan dunia blogging. Tak salah blogging untuk duit, tapi janganlah blogging SEMATA-MATA untuk duit. Keikhlasan dalam blogging tu akan hilang.
Selain daftar dengan syarikat pengiklanan, banyak lagi yang anda boleh buat dengan blogging ni. Contohnya Affiliate program. Affiliate adalah pendapatan utama bagi bloggers di Amerika Syarikat instead of Advertising. Affiliate ni ape? Affiliate ni adalah satu cara untuk korang tarik minat pembaca membeli sesuatu produk dimana korang yang promote product tersebut akan dapat komisen daripada syarikat produk tersebut. Benda ni mudah kalau korang ade pembaca tetap dan banyak traffic di blog. Ceritakan pengalaman anda menggunakan produk tersebut dalam blog. Mesti ada pembaca yang nak benda tu jugak. Tapi.. jangan tipu pembaca anda!
Ni senarai Afiliate website yang korang boleh join dan buat side income:

1. Clickbank
2. LinkShare.com
3. CJ.com
4. CPALead.com
5. Copeac.com
6. CactusMedia.com
7. IncentReward.com
8. Azoogle.com
dan banyak lagi…
Aku cerita panjang lebar, kenapa aku tak buat? Mesti korang tertanya-tanya kan? Haha.. aku buat kadang-kadang je. Aku bukannya blogger yang hebat dan aku sekadar mampu jadi blogger biasa dan dapat duit sampingan ala kadar je. Lagipun, masa tak mengizinkan.
AWAS! Jangan terpedaya dengan program MLM di internet! Seperti yang kita bincangkan di atas tadi, kita tak perlu keluarkan duit sesen pun untuk dapat duit. Join benda yang free dan diyakini boleh memberi pendapatan. Jangan bazirkan duit untuk dapatkan duit.Sebenarnya, aku pun macam orang lain jugak, masa mula-mula blogging dulu bermula dengan Blogspot, bila dah dapat duit sikit beralih kepada WordPress dan beli domain sendiri. Semua ini adalah percuma! Aku tak keluarkan duit poket untuk beli domain atau hosting. Aku bukannya seorang yang kaya dan berkerjaya, sebaliknya aku hanya seorang pelajar di salah sebuah IPTA.Dan jurusan aku bukanlah IT.

No comments:

Free advertising