Friday, December 10, 2010

[Review] Iklan Innity, Nuffnang, Advertlets dan ManggaAds

Berikut adalah review 4 agensi pengiklanan yang terdapat dimalaysia iaitu Nuffnang,Advertlets,Mangga dan Innity.Terima kasih kepada penulis asal blog OhMalaysia.com encik Amir kerana sudi berkongsi review ini.
1)Nuffnang
Kelebihan
  • Syarikat pengiklanan yang paling berjaya dan popular di kalangan blogger-blogger Malaysia.
  • Banyak contest yang menawarkan hadiah lumayan dan aktiviti untuk blogger-blogger dianjurkan Nuffnang. Antaranya Event Gatsby Deodorant Street Fair yang telah dicatatkan dalam Malaysian Book of Records untuk ‘The Largest Bloggers Gathering’.
  • Blogger juga berpeluang mendapat tiket wayang free, freebies dan sebagainya.
  • Banyak iklan dipaparkan kerana Nuffnang mempunyai banyak advertiser.
  • Mempunyai dashboard yang membolehkan blogger melihat keyword yang masuk, referrals dan unique visitor.
  • Bayaran dibuat melalui cek. Belum ada kes Nuffnang tidak membuat bayaran kepada blogger.
  • Nilai minimum untuk cashout ialah RM50.00.
Jenis iklan
Leaderboard (728×90), skyscraper (160×300) dan large rectangle (336×280)
Earning
1. Kempen CPC – Anda akan dibayar apabila iklan diklik oleh pelawat.
2. Metered Earning (Kempen CPM) – Earning bergantung kepada jumlah unique visitor semasa iklan sedang berjalan. Anda akan dibayar dengan ‘fixed amount’ untuk setiap unit iklan.
3. Buffered Earning (Kempen Metered CPM) – Advertiser membeli ruang iklan di blog untuk jangka masa tertentu.
Status Glitterati
Mana-mana blog yang hanya meletakkan iklan Nuffnang akan mendapat status Glitterati. Blog yang meletakkan iklan Nuffnang bersama-sama iklan Innity, Advertlets dan Mangga Ad akan hilang status Glitterati. Bayaran iklan untuk blog berstatus Glitterati lebih tinggi berbanding blog berstatus Ordinary. Status Gliterati tidak hilang jika iklan Google Ads diletakan di blog.
Komen:Blog donnyien Belum mendapat sebarang hasil…sebab berhenti pasang iklan diblog ni.Ada masalah akaun sebab daftar dua email berlainan,sdang diperbaiki.
2)Advertlets
Kelebihan
  • Earning yang tinggi jika mempunyai trafik blog yang tinggi.
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan berbanding Nuffnang dan Innity.
  • Lambat membuat bayaran @ buat-buat lupa nak bayar. (berdasarkan pengalaman Kak Jie)
  • Minimum cashout RM100, nilai yang besar untuk dicapai oleh sesetengah blogger.
Blog Donnyien memperolehi RM54.62 sejak joined setahun yang lalu.Maklumlah traffik blog bukan power sangat..
3)ManggaAds
Kelebihan
  • Selain earning CPC, Mangga Ad turut mempunyai earning berdasarkan impression yang bergantung kepada jumlah pelawat @ unique visitor.
  • Mempunyai reputasi yang baik kerana merupakan anak syarikat Utusan Malaysia.
  • Mempunyai Friends Widget di mana blogger boleh menambah rakan blogger sebagai partner.
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan, mungkin masih kekurangan advertiser.
  • Dashboard yang tak mesra pengguna dan mengelirukan.
Komen:Blog Donnyien baru memperolehi RM2.30 dalam 4 Bulan..ciput jer..
4)Innity
Kelebihan
  • Bayaran iklan tertinggi berbanding Nuffnang, Advertlets dan Mangga Ad.
  • Banyak jenis iklan yang boleh diletakkan di blog antaranya rectangle (300×250), skycraper (120×600), leaderboard (728×90), head banner (468×60), ballon (260×230), bottoms up (325×90), site take over (780×450), text link dan in-text.
  • Mempunyai option ‘Alternate Ad Management’ di mana blogger boleh meletakkan iklan-iklan lain yang akan dipaparkan secara rotate sekiranya tiada iklan Innity berjalan.
  • Tiada status membership seperti Glitterati Nuffnang. Jadi blogger bebas untuk meletakkan apa sahaja iklan di blog.
  • Bayaran dibuat secara bank-in.
Earning
1. Cost per click (CPC)
2. Cost per thousand impression (CPM)
3. Cost per engagement (CPE)
Requirement
Innity meletakkan syarat untuk blogger-blogger yang ingin berdaftar sebagai publisher. Antaranya ialah 20K unique visitors dan 100K pageviews sebulan.
Komen:Blog Donnyien baru memperolehi RM1.70 sejak layak mendaftar kelmarin.Dan mungkin aku akan maintain innity buat masa ni dan terpaksa buka iklan lain diblog ni untuk beri laluan kepada innity beraksi.kita tengok camana hasilnya nanti.
Pssttt:Dengar-dengar kawan kita Amir dapat RM800 lebih hasil dari iklan Innity beliau,tahniah!.Wah..lumayan juga innity ni ya..Sila lihat review beliau di Blog OhMalaysia.com.
Okeylah,kepada blogger2 tegar,sharelah pengalaman manis korang okey…takkan diam2 jer. :)

No comments:

Free advertising