Masa awal-awal aku berjinak-jinak dengan blogging ni dulu, ayat pertama yang paling memberi impak dekat aku ialah “Traffic is Your Life Blood”.
Dengan jujurnye aku tak pernah faham apa yang penulis buku tu maksudkan dengan perkataan traffic. Aku sendiri rasa confuse, rasa blur dan rasa tertanya-tanya dengan apa yang dia cuba nak sampaikan. Tapi, lepas aku start je ada blog aku sendiri, baru la aku tau betapa susahnya la nak tarik traffic ke blog kita ni.
Dalam banyak-banyak traffic, organic traffic adalah traffic yang paling bernilai sekali. Sekali kita dapat capture sources of organic traffic, memang conform la lepas ni dah tak perlu lagi nak risau mana nak cari traffic. Organic traffic disini membawa maksud traffic yang datang daripada search engine.
Nak dapat traffic yang macam ni bukan senang sebenarnya, tapi ia jugak bukan lah susah. Apa yang penting ialah blogger itu sendiri kena peka dengan apa yang berlaku disekeliling, dan cuba fahami apa yang sebenarnya dimahukan oleh pengguna internet. Sekiranya kita dah dapat kenalpasti apa yang diorang ni nak, dan kita mampu untuk beri dalam blog kita, insya allah traffic akan mencurah-curah masuk ke blog kita.
Sebagai contoh yang mudah, zaman sekarang ni ada ramai orang yang ada laptop atau pc. Tapi tak semua orang ada kepakaran dan tahu macam mana nak format laptop sendiri dengan cara yang betul, mudah dan selamat. Maklumat yang macam ni mesti dicari-cari oleh setiap orang. Kalau korang boleh sediakan maklumat ni, pasti akan ada ramai yang akan singgah diblog korang untuk dapatkan maklumat tu.
Contoh lain pulak, satu masa dulu mesti korang pernah terdengar satu tag line pelik “Log In Facebook Dapat RM100“. Aku adalah antara orang yang sanggup nak search dekat google makna dan rahsia sebenar disebalik tag line pelik ni. Hasilnya, aku pun dipertemukan dengan program infinity Downline ni.
Orang memang suka ayat-ayat yang catchy ni. Lagi-lagi yang konon-kononnya boleh buat duit yang melimpah ruah banyaknya, lagi lah orang laju nak tau. Orang tak akan jemu untuk carik duit.. walaupun dah masuk umur pencen pun, kalau boleh masih lagi nak keje.
Kalau sekarang ni, korang cuba search dekat google, page apa yang keluar kalau search ayat Log in Facebook dapat RM100 tu… Biar aku permudahkan kerja korang ye, boleh tengok gambar yang aku letak ni je. Ni hasil dia sekarang.
Keluar website Ustaz Zaharuddin atas sekali. Heh boleh tahan? (baca dengan nada yang paling sinis ye)
Tapi nampaknya, satu company yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama Big Intelligent Technology Sdn. Bhd. dah mula nak merevolusikan semuala log in dapat duit. Mungkin sentimen ayat login dapat duit tu sangat menebal dalam sanubari pengasas syarikat ni sehinggakan dia terpanggil untuk buat satu program login login dapat duit ni.
Korang boleh tengok sekali imbas berkenaan dengan program ini dekat sini. Sila klik sini.
Sejauh mana scam ataupun tak berkenaan dengan program ni, aku masih belum dapat pastikan pulak. Cuma biasalah, tangan ni, bila dah mula menekan-nekan keyboard mula lah daftar untuk program itu dan ini. Apa-apa pun kita cuma berusaha, tuhan jugak yang menentukan segalanya.
Apa pun, bagi yang belum tau berkenaan dengan program ni bolehlah anggap entry ini sebagai entry pemberitahuan, ataupun information sharing yang bersih dari sebarang bentuk promosi ea. (entah kenapa aku rase macam nak tergelak bile aku tulis ayat ni)
Dalam entry akan datang aku akan bagi ulasan aku pulak berkenaan dengan program ni. Harap korang tak jemu nak baca eh.
No comments:
Post a Comment